Alhamdulillah, harini dh rasa stabil skit. sejak demam panas d Mekah sehinggalah balik Malaysia.. ak rs seperti d awang2an.. sedar tak sedar je menjalani kehidupan seharian. naseb baik dpt family memahami.. xde la marah2 sbb ak bermalas2an sepanjang hari.. huhu. sorry, everyone. ak rs lemah sgt ni..~
PERCUTIAN IBADAH..
our very 1st trip, 3 of us only..
flight delayed!!!
hmm. xtau nk bermula dari mana. feel excited to tell dis n dat. bermula dr rs biasa2, geram, seronok, sehinggalah rs sedeyh yg tak terhingga. HAHH, baru tau penangan Mekah al Mukarramah. rasanya, kalo diberi pilihan, ak sanggup duduk sana jer, abeskan sisa2 hidupku ini dgn pergi ke Masjidil Haram setiap hari, bertawaf, bersolat, berdoa like there is nobody care. ketenangan dekat sana mmg lain. dkt sana bknlah smpi tak ingat lgsg hal duniawi, tapi kite lebih fikirkan tentang hubungan kita dgn Allah SWT. dan kita harapkan Dia semata2 dlm semua perkara. mmg sampai menitis la air mata.
Perjalanan KL- Jeddah, ambil masa dlm 10jam! Sbb cuaca xberapa elok. tu pon, flight ak delay, shud be 2.33am dh gerak dr KL, tp gerak pkl 8am mcmtu. sepanjang perjalanan, 3x announcement minta para jemaah duduk d tmpt msg2. pilot n co-pilot sdg bertungkus lumus mengemudi kapal terbang dgn sebaiknya. dgn incident baru2 ni, mau xgerun, tp ak dah redha. andai kata jasad hilang d udara, atau lautan, ak redha. Ahamdulillah. akhirnya sampai jua d airport Jeddah at 11am (6 ptg waktu KL).
waiting to enter d raudhah (heaven's garden)
bukit uhud
masjid nabawi
before leave d Madinah
di Madinah, ujian untuk ak ialah melayan karenah old citizen yg menjadi roomate ku selama utk 4 hari. hmm.. mmg la rs nk merungut, tp naseb baik ak teringat pesanan kwn ku yg penah buat umrah.. die pesan sentiasa beristighfar dlm apa jua keadaan. keadaan jd chaos tak seperti yg d plan kn mase kt Malaysia.huhu. Alhamdulillah, walaupun sana sejuk, tp ak sihat walafiat. ak ingat pesan muttawif, hanya minum air zamzam yg tak sejuk untuk elak sakit tekak dan demam.
bermiqat d Bir 'Ali
selepas 4 hari bermusafir di Madinah, saat2 ni yg ak tunggu. bergerak ke Mekah Al Mukarramah. dalam perjalanan, ketika ak melayan perasaan melihat keadaan d luar tingkap bas, tiba2 Muttawif berkata,
"Lihat2.. di sebelah kiri anda. ada awan tertulis kalimah ALLAH d langit sana. SubhanaAllah. seolah2 Allah memberkati perjalanan kita ke rumah Dia .Dia memanggil kita dgn cara Dia.. MasyaAllah.."
mmg besar kalimah tu. mata ak tak berkedip pandang. tp ak rasa biasa2. sampai ak tertanya pd diri ni, haih, sombong sgt kah ak ni? xde rasa apa2? feel excited mgkn dgn kebesaran yg Dia tunjukkan. rs geram pon ada. mrh kt diri sendiri.
My sister crying. sambil tu ak bising2 la kt die, jgn la dok tenyeh2 mata, kan tgh dlm ihram, kna jaga 13 pantang larang ihram which is salah satu, xley gugur sebarang bulu dgn sengaja. feel funny isnt it. ak pon rs kelakar mase dok study dlu, mse buat umrah, haaa amik! Allah byr cash.
SEEING KAABAH IN FRONT OF MY EYES!!
TERUJA. MasyaAllah. mata ak xberkedip pandang sambil berdoa. so speechless. im feel bless. Lps tawaf, muttawif bwk kami para jemaah seramai 40++ bersolat sunat tawaf d belakang Hijr Ismail. Ak dapat solat btul2 d bahagian Multazam Kaabah. Seperti d Madinah, kehebatan kuasa sujud di sana mmg lain mcm. Kalao d Malaysia, xsampai 10 min rs pening2, d sana, setengah jam bersujud pon tak rasa apa. itu antara kelainan yg ak rs. Alhamdulillah. Lps selesai solat, kami menuju ke Masa'a, iaitu kawasan untuk bersa'ie. Dari Safa ke Marwah 7 kali ulang alik. Tmpt sgt selesa dh. cume jalan licin sbb kawasan berbukit masih dikekalkan.. Lpas abes saie, bertahalul untuk keluar ihram. Alhamdulillah selesai. seronok! kesian adek. mmg btul, tlg org tu mulia, tp die dlm keletihan menolong org sepanjang umrah2 dijalankan. Ada la tu bahagian adek untuk umrah kali ni, which is 2nd time for him.
Umrah ke 2 ak tewas. demam xsemena2. ak dh rs seram sejuk masa dkt Jabbal Rahmah. pg tu, visit tmpt2 bersejarah nabi, n ke Jabbal Rahmah. Walaupun tggi dan ak rasa impossible nk panjat, plus rs nk demam tp ak kuatkan jua diri ini. adek beradek ak jaga btul la ak. huhu. thanks korang. ak gagah jugak nk naik, sbb ak bwk kiriman2 doa dr kwn2, sedara mara n even untuk diri sendiri. Semoga mustajab la doa yg ak luah dan titipkan di puncak Jabbal Rahmah itu. so more nasik minyak will be coming soon, perhaps.
Lps visit, singgah di Janarah untuk bermiqat umrah ke 2. ttbe2 ak rs mcm xberdaya. sampai d hotel, trus rs flat. Adek have to tolak my wheelchair. sebak giler rs, ak rs bersalah sbb menyusahkan adek. even die kata xpe, dan calm me down. Muttawif tegur kata muka ak merah sgt. die suh kakak sapu air zamzam ke muka ku. Jemaah lain dok tgk2 ak. argghh malu. pe ni tgk2 kite. but thanx concern on me.. bermcm2 ubat ak dpt sampai muntah2 la telan. huhu~ d best thing is, ketika bertawaf n saie, ak dpt fokus segala kiriman doa, dan harapan yg xsbr2 ak nk luah. so ada hikmah la kn. huhu, so, disebabkan incident berwajah merah hari itu, Muttawif gelarkan ak ya humairah. (ber pipi merah). even thou ak xsuke nama tu (werkk) tp thanx bg gelaran kesukaan Nabi kpd Aisyah. oh betapa keciknye dunia ni, Muttawif ni ex colleagues pakcik ak (adek mak), which is same batch mase depa sama2 jd MAS steward dlu. dan maybe, he is our sedara, org kg ayah ak, kg dodoi, penang. muka sepesen, btul la kott~
"Awk dh bertaubat dan doa dgn ikhlas, sbb tu Allah bg awk sakit." (haa, sejuk la jugak dgr kn.. huhu)
and, dats miracle. lps seharian xmampu buat apa2 kecuali berdoa (naseb baik masih waras nk berfikir), and even setiap kali hembus nafas, kuar darah yer, bkn hingus (means bdn ku panas tak terhingga), keesokannya, hari Sabtu, ak sempat buat umrah ke 3. Alhamdulillah. even thou naik wheelchair lg. huhu. kali ni kakak tolak, Masa umrah ke3, berdoa agar ak mampu buat tawaf wida' dgn sendiri.. n Allah makbulkan. ak rs fresh seketika mase buat tawaf wida' dgn adek beradek ku. Haa, mase tu la suddenly air mata, nth mana mai, sebak tiba2. ak tgk, ak sorang ja nanges masa tawaf tu. Ak sebak setelah mcm2 ak lalui, akhirnya ak dh sampai ke sesi tawaf wida' plak, dan ak rs ak jauh dgn Allah real soon. ntah bile berpeluang nk doa mcm ni lg dpn kaabah. Fuhh, ni kira klimaks percutian ibadahku la nii.. sayu d hati ni hanya Allah yg tahu. Dan Allah mmg mudahkan perjalanan kami 3 beradek, dlm dok tercari2 ruang solat lps tawaf, dpt tmpt btul2 dpn Multazam. Syukur. Allah, makbulkanlah doa2 kami Ya Allah.. yg tak henti2 berdoa mengharapkan bermacam2 hajat hanya padaMu ya Allah.
nilah die.. Muttawif kami, Ustaz Shahul Nizam @ustaz nana.
Alhamdulillah di atas rezeki ini, Ya Allah.
Alhamdulillah di atas peluang ini, Ya Allah
Alhamdulilah di atas kesempatan ini, Ya Allah
Semoga ak dapat menjejaki ke Baitullah lagi bersama mak, kakak, adek, anak2 dan pasangan kami msg2 soon, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment