MissyMe. Powered by Blogger.
RSS

taboo~

Dah jadi lumrah kehidupan, manusia suka bertanya benda yg takda? Benda yg nmpk, taknak plak amik tau.

>>Pasal kerjaya.

>>Kejayaan.

>>Kemewahan.

>>Pengalaman yg tak semua org berpeluang; cth bercuti sane sini or mngerjakan umrah & haji.





Soalan yang menyakitkan jiwa raga jugak nk tanya.

"orang lain DAH. hg bila?"

"MEMILIH sangat. rupa harta bla2"

"orang lain dah BERANAK PINAK, hg hanyut sana sini. tak tentu hala lagi"

"sudah2lah kenang dia. dia dh lupakan kau pon."


MEMILIH & DIPILIH

Soal ini, terletak pada ketentuan Ilahi. Bukan memilih atau minta dipilih. Bukan xcuba menerima seseorang, bukan xcuba utk dipilih seseorang.

Kembali pada fitrah yg Allah firmankan. 

"Dia takkan menjadikan sesuatu yg sia2."

"Dia takkan pernah tersilap percaturan dimana hak kita diberikan pada org lain"

"Setiap makhluk yg Dia ciptakan berpasang2an"

Ak cuba positif, dan mencari rahmat disebalik apa yg terjadi.Tapi sebenarnya, semakin ak kuat, ak rasa semakin kalah. hanyut dalam perasaan dan bayang2 semalam. terlalu pedih, terlalu perit. nk telan segala2nya. kau fikir ak apa? berhati kering melepaskan semua yg ak syg just like dat. yes i am. ak syg dan menghargai setiap detik yg Dia pinjamkan. setiap moment, memori dan kenangan yg Dia bg ak rasa.


MOVE ON.!!! LUPAKAN!! YOU DESERVE BETTER!

Ak benar2 buntu. kenapa ak begini. masih macam ni. ak belum kuat utk bangkit dari rebah. dari kejatuhan silam. mengalirkan air mata tanpa henti2. setiap saat dan detik tanpa semena2. tak mengira tempat dan masa. bertanya pada diri itu ini. memikirkan punca dan kenapa diperlakukan begitu begini. jiwa membentak2. mengenang nasib diri dan kenangan2 yg ak cuba lupakan. cuba untuk padamkan dari ingatan. menghadamkan kata2 semangat dan janji2 Tuhan yg seringkali diingatkan. sampai rs nk pecah otak menyimpan kata2 motivasi agar hati kembali pulih. jiwa kembali tenang. paksa diri utk rasa gembira dan bahagia melalui hari2 mendatang. cuba tak amik kisah tentang perkara yg akn mmg menyakitkan hati tapi jiwa meronta2 inginkan kepastian.

org xkn faham, selagi dia x alami. selagi xrasa. atau mungkin sesetengah dari kita diciptakan terlalu kebal, memiliki hati yg keras, antara manusia yg bertuah dikurniakan jiwa kental.

Apa kau rasa? 
ORG yg kau sayang DAH jadi milik org. DAH jumpa kebahagiaan yg dia mahukan. DAH jumpa jalan keluar untuk merasai hidup lebih baik dari apa yg dia ada skrg. DAH boleh bergelak ketawa riang merencanakan masa depan. DAH boleh merealisasikan impian yg telah lama simpan dan pendam. dan DAH lupakan segala2nya tentang kau, kenangan dan impian.

Apa kau rasa? 
Seolah2 diri sedang diketawakan oleh mereka2 yg katanya kawan tp disebalik semua itu, kau rasa kan lawan. saling berkongsi kegembiraan dan harapan. Seolah2 diri seakan ditempelak kerana kebahagiaan yg dia rasakan bukan kebahagiaan yg kau impikan. bukan janji2 yg dia taburkan pd kau dulu yg dia kotakan. bukan impian kau yg dia realisasikan. BUKAN!!

Apa kau rasa?
ORG mengata kau kena prank. mmg niat awal hanya utk dipermain2kan. kau dikatakan perasan,tak layak mendampingi dia yg hebat dr segala2, paras rupa, harta dan keperibadian. Kau xcukup hebat memenangi hati dia. kau xcukup bagus memiliki dia. Kau itu kau ini. Kau diibarat xde maruah harga diri.






Apa kau rasa?
Setelah kau menghargai dia adalah org pertama yg hadir dlm hidup kau. kononnya utk mengubah nasib dan impian kau dikala kau terkapai2 dulu. Setelah kau berkali2 sujud syukur atas kehadiran dia ketika kau benar2 serius mencari2 teman hidup. Tapi akhirnya, dia pun dah tak ingat ape yg dia janjikan pd kau dulu. Dia dah tak ingat kata2 semangat dan kekuatan yg dia berikan pd kau dulu. Dia dah tak ingat harapan dan impian yg dia rencanakan dgn kau dulu. Dia tak hargai pun kewujudan kau dalam hidup dia dulu.

Apa kau rasa?
Bila keinginan tak dipenuhi. Bila impian hancur berkecai. Bila cinta tak kesampaian. Bila kau tak ditakdirkan bina masa depan dgn org yg kau pernah bina impian. Bila kau rs diri kau ditipu dan dikhianati, oleh org yg kau syg? Bila kau masih terbuai dgn org yg kau sentiasa mimpikan? Bila kau kemana2, masih merasai dia ada menemani di setiap jejak langkah kau berjalan. Bila kau terpaksa kuatkan hati tidak mengingati saat dan memori ketika melalui tmpt2 kenangan. Bila kau ketika ini, masih di sini. masih tercari2 pintu kebahagiaan dan keluar dari tangisan2 yg tak pernah diendahkan. yg tak pernah dipedulikan. yg tak pernah diMENGERTIKAN. 

"ORG LAIN lagi teruk alami dr kau rasa"

"ORG LAIN lagi dasyhat ujian yg Dia berikan"

"ORG LAIN lg pedih dugaan dia lalui"

itu ORG LAIN. dan ORG LAIN tak rs kesakitan yg ak rs. ORG LAIN takkan fhm ape ak rs.

Ak tak minta pertolongan, hanya doa kebaikan yg mengiringi kehidupan yg mendatang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: